Friday, April 15, 2011

Rumah Mesra Rakyat : 648 permohonan rumah lulus

KOTA KINABALU 14 April – Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) meluluskan 648 daripada 1,723 permohonan dari Sabah untuk skim Rumah Mesra Rakyat (RMR) setakat ini yang melibatkan peruntukan RM44 juta.
Pengerusinya, Datuk Ir. Idris Haron hari ini berkata, proses permohonan berdasarkan beberapa syarat yang ketat bagi membolehkan golongan yang memerlukan mendapat peluang memiliki rumah sendiri.
“Perlu diingat program ini adalah mengikut beberapa syarat yang ketat.
Antaranya, tanah dicagarkan kepada SPNB dimiliki oleh pemohon, pendapatan isi rumah kurang daripada RM1,500 sebulan, pasangan yang telah berkeluarga dan langsung tidak mempunyai rumah untuk didiami,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Inden Kerja Kontraktor di Penampang dekat sini.

Idris berkata skim itu, yang paling mesra dan menarik ditawarkan oleh kerajaan, mendapat sambutan baik rakyat kerana 30 peratus harga ditanggung oleh kerajaan.
“Pemilik rumah hanya perlu membayar RM45,000 hingga RM50,000, iaitu 75 peratus daripada harga rumah.
“Lazimnya, mereka akan membuat bayaran dari RM150 sebulan selama 22 hingga 25 tahun dan sebab itulah ia menjadi menarik minat kumpulan sasaran,” katanya.
Idris hanya kesal dengan dana yang tidak cukup untuk dipusingkan bagi menampung permintaan ramai.
Namun, beliau berkata, SPNB akan memastikan pemohon yang layak dalam skim RMR tidak dikecewakan apabila memperoleh rumah yang siap nanti.
Oleh itu, beliau berharap kontraktor melaksanakan kerja mengikut spesifikasi yang ditetapkan dan tidak menjangkau proses kerja sehingga menjejaskan kualiti binaan.
Beliau berkata, SPNB turut menyediakan ruang bagi bakal pemilik rumah untuk melihat proses pembinaan rumah mereka dan melaporkan kejanggalan dalam proses pembinaan kepada SPNB.
Pada majlis itu, seramai 28 kontraktor dari daerah Papar, Tuaran, Sepanggar dan Penampang menerima inden untuk kerja pembinaan RMR

35 comments:

  1. Tahniah kepada pemohon rumah RMR.

    ReplyDelete
  2. wahh memang bertuah la pemohon2 yg dapat RMR ni...harap2 lebih banyak program seumpama begini dibuat oleh kerajaan...kerana sya percaya masih ramai lagi rakyat yg tidak mampu untuk memiliki rumah kerana kewangan yg tidak mencukupi...kepada yg tidak berjaya dalam permohonan mereka, boleh juga cuba Skim Rumah Pertamaku...shalom...

    ReplyDelete
  3. RMR ni mmg baik bagi membantu golongan berpendapatan rendah yng tidak memiliki rumah sendiri untuk mendapatkan rumah. ini adalah usaha kerajaan dalam membantu rakyat.

    ReplyDelete
  4. program sebegini memberi manfaat kepada mereka yang belum dan sukar untuk memiliki rumah sendiri.Namun,kerajaan perlu menyiasat kesahihan maklumat yang diberikan oleh pemohon agar mereka yang mendapat kelulusan adalah mereka yang benar-benar layak.

    ReplyDelete
  5. This is good, hope that these sort of housing programs will continue to help the hardcore poor.

    ReplyDelete
  6. Good news for the applicant Rumah Mesra Rakyat.

    ReplyDelete
  7. This will surely put a smile on the applicant of rumah mesra rakyat face. Good for them.

    ReplyDelete
  8. The people should be grateful there is such program to help the poor to own a house.

    ReplyDelete
  9. Setiap permohonan pasti akan ditapis sebelum diluluskan. Apa pun kita mengharapkan kejujuran pada SPNB atas permohonan tersebut.

    ReplyDelete
  10. untuk mendapatkan RMR, pemohon perlu mempunyai tanah sendiri. RMR adalah bagi penduduk yang mempunyai tanah tapi tak mempunyai wang untuk membina rumah sendiri.

    ReplyDelete
  11. yup, inilah antara skim yang paling menarik pernah disediakan oleh kerajaan. tapi pastikan semua projek itu dapat disiapkan tepat pada waktunya dan mematuhi standard piawaian yang ditetapkan.

    ReplyDelete
  12. SPNB juga perlu memberi perhatian kepada projek perumahan yang terbengkalai yang mana sehingga hari ini belum ada tanda2 projek itu akan disiapkan. tidak perlu dinyatakan di daerah mana, yang pasti ianya sudah beberapa kali mendapat perhatian media..

    ReplyDelete
  13. Kita mahukan semua projek perumahan akan dilaksanakan dengan jaya. Biar orang yang memenuhi syarat saja yang layak mendapat RMR tersebut.

    ReplyDelete
  14. Tahniah, semoga akan ada lagi yang mendapat kelulusan. Ingatlah usaha kerajaan ini, jangan persiakannya.

    ReplyDelete
  15. Jangan persiakan usaha kerajaan. Tahniah kepada mereka yang telah lulus permohonan.

    ReplyDelete
  16. pastikan projek RMR itu siap pada masa yang ditetapkan dan dalam keadaan yang memuaskan hati.

    ReplyDelete
  17. diharap pada masa akan datang, akan diberikan dana yang lebih banyak bagi menampung permintaan dan keperluan.

    ReplyDelete
  18. diharap juga program seumpama diteruskan.

    ReplyDelete
  19. Program ini amat baik bagi membantu golongan yang memerlukan untuk memiliki rumah sendiri.

    ReplyDelete
  20. diharapkan program ini akan dilakukan berterusan dan dapat membantu mereka yang benar-benar memerlukan.

    ReplyDelete
  21. Moga2 program ini menepati sasaran.

    ReplyDelete
  22. More Sabahans will benefit from the project.

    ReplyDelete
  23. Maka ramai yang mendapat tempat tinggal yang sempurna.

    ReplyDelete
  24. Less people on the streets.

    ReplyDelete
  25. Kudos to the government and SPNB.

    ReplyDelete
  26. Rumah setinggan dapat dirobohkan.

    ReplyDelete
  27. Taniah kepada penerima.

    ReplyDelete
  28. Peluang ini harus digunakan sebaik mungkin kerana bukan senang nak dapatkan rumah sendiri.

    ReplyDelete
  29. Walaupun proses pemilihan agak ketat namun saya harap program ini dapat diteruskan utk beri peluang kepada org lain yang layak.

    ReplyDelete
  30. SPNB harus teruskan usaha membantu menanggani masalah ketidakmampuan masyarakat memiliki rumah sendiri.

    ReplyDelete
  31. Apapun, harap2 program ini menghasilkan sesuatu yang positif pada ramai pihak.

    ReplyDelete
  32. Harap program ini akan terus diperkembangkan oleh kerajaan Sabah untuk membantu keluarga miskin mendapatkan rumah.

    ReplyDelete
  33. Hope that the government will build more low cost housing for the hardcore poor.

    ReplyDelete
  34. Program ini amat baik untuk membantu keluarga miskin membeli rumah kos rendah. Harap usaha ini akan diteruskan.

    ReplyDelete
  35. Setuju sangat dengan program ni...tetapi kenapa banyak sangat rumah Mesra Rakyat ni yang tinggal kosong , walaupun sudah siap....

    ReplyDelete