Friday, March 9, 2012

BERNAMA - USAHASAMA TINGKATKAN PELANCONG KE SABAH

USAHASAMA antara Sabah dan negara-negara asing boleh membantu menggalakkan lebih ramai kedatangan pelancong ke negeri ini dari negara asal syarikat, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Perkembangan ini bukan hanya akan merancakkan pelaburan asing langsung tetapi turut menyumbang ke arah pertumbuhan, kekayaan ddan menghasilkan jumlah kerja yang banyak untuk penduduk tempatan.

"Ini seiring dengan Koridor Pembangunan Sabah (SDC) dan penekanan terhadap pelaburan sektor persendirian seperti yang ditekankan oleh Program Transformasi Ekonomi Malaysia," kata beliau ketika merasmikan pembukaan Ming Garden Hotel and Residences di sini yang dimajukan bersama oleh syarikat China dengan Perbadanan Pembangunan Bandar Sabah (SUDC).

Tuesday, March 6, 2012

SOGT KIMANIS NADI PEMBANGUNAN SABAH



JAWAB…Lajim ketika menjawab pertanyaan pemberita selepas menghadiri majlis rumah terbuka Ketua Penyelaras MAYANG Parlimen Beaufort Hajah Johiar Matlani di kampung Kebatu, Beaufort.

Oleh : JAAFAR ABDUL WAHID

Projek Terminal Minyak dan Gas Sabah (SOGT), yang dibangunkan oleh Petronas di Kimanis akan menjadi nadi kepada pembangunan negeri ini.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin berkata projek itu, bukan sahaja dapat dinikmati oleh masyarakat di sekitar Kimanis, namun akan memberikan impak yang positif kepada daerah berdekatan termasuk daerah Beaufort .

Menurut beliau projek tersebut bukan sahaja menggalakkan industri petroleum di negeri itu, tetapi juga menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan, selain kerja kontrak.

Bagaimanapun, beliau bersependapat dengan pandangan beberapa orang pemimpin politik di negeri ini yang diutarakan sebelum ini; agar lebih ramai rakyat tempatan diberikan peluang untuk menikmati kemajuan melalui peluang kepada usahawan baru yang ada hubung kait dengan industri gas dan minyak.

"Dengan perkembangan ini, secara langsung, akan membawa kemajuan kepada negeri Sabah di samping memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan, khususnya rakyat Sabah," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Ketua Penyelaras MAYANG Parlimen Beaufort, Hajah Johair Matlani bersama suaminya Jawarin Nasar yang juga Pegawai khas Pembangunan Parlimen Beaufort.

Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort, berkata demikian ketika diminta mengulas impak dari perlaksanaan projek (SOGT) di Kimanis kepada daerah-daerah berdekatan termasuklah di kawasan Parlimen Beaufort yang beliau wakili.

Menurut Lajim, dengan kewujudan projek itu di sini, bukan sahaja pekan Kimanis akan mula menerima pembangunan, malah akan memberikan banyak peluang peningkatan ekonomi dalam usaha menaiktaraf kehidupan rakyat.

“Bukan itu sahaja, peluang pekerjaan untuk direbut oleh golongan belia termasuk peluang untuk memulakan atau menjalankan perniagaan akan terbuka luas kepada rakyat setempat dan sekitarnya,” tambah Lajim.

Mengulas kritikan parti pembangkang mengenai kedatangan Petronas ke Sabah, Lajim berkata, kritikan mereka (pembangkang) tidak membena dan tidak berasas sama sekali.

Menurut Lajim, mereka (pembangkang) hanya meletakkan kehadiran Petronas sebagai merampas hak anak negeri walhal kehadiran Peronas ke negeri ini terutamanya dalam projek cari gali memberikan kesan terhadap pembangunan ekonomi negeri melalui penerokaan dan juga pelaburan yang dilaksanakan .

Sehubungan itu, katanya, rakyat di negeri ini perlu merebut peluang yang ada terutamanya dalam industri yang dibangunkan oleh Petronas di negeri ini dan meminta Petronas membuka ruang dan peluang seluas-luasnya kepada penduduk khususnya golongan muda untuk terlibat dalam industri yang sedang dan akan dimajukan oleh Petronas.

Tambah Lajim, Petronas perlu melaksanakan program latihan seawal yang mungkin iaitu sementara SOGT sedang dibina bagi melatih tenaga mahir tempatan untuk diserapakan sebagai kakitangan dalam syarikat mereka.

"Jika mereka tidak ada pengalaman dan kelayakan, tentu sekali mereka tidak boleh bekerja dengan Petronas dan pekerja-pekerja terpaksa diimport dan dibawa dari negeri lain. Keadaan ini menyebabkan kita semua kecewa kerana segala kekayaan dan peluang pekerjaan akan jatuh di tangan orang lain,” jelas Lajim.

DIMENSI BARU MENERUSI KORIDOR PEMBANGUNAN SABAH



KOTA KINABALU: ADUN Kawang, Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar yakin pelaksanaan Koridor Pembangunan Sabah dapat membawa era baru bagi rakyat negeri ini,terutama di kawasan yang terlibat dengan pelaksanaannya.

Ini, katanya, disebabkan program pembangunan bersepadu menerusi koridor itu bukan saja mengubah keadaan secara fizikal, tetapi lebih penting turut membawa peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

“Saya melihat pembangunan koridor yang dicadangkan ini sebagai dimensi baru pembangunan negeri kita.

“Ia bakal membawa anjakan paradigma kepada rakyat dalam semua aspek, dengan syarat pelaksanaannya perlu dikaji dan diteliti, kemudian dipantau dan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya ketika berucap membahas Ucapan Dasar Kerajaan di DUN Sabah hari ini.

Mengikut perancangan, pembangunan koridor berkenaan akan dikendalikan tiga agensi utama -- Yayasan Sabah, Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (Sedco) dan Sawit Kinabalu Sdn Bhd – selain turut membabitkan penyertaan sektor swasta menerusi formula Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI).

Ghulam berharap pelaksanaan projek berkenaan dipantau secara teliti dari semasa ke semasa untuk memastikan ia berjalan pada landasan ditetapkan.

“Dalam pelaksanaannya, pandangan serta maklum balas daripada wakil rakyat di mana sesuatu projek pembangunan itu dilaksanakan juga perlu diambil kira kerana wakil rakyat lebih memahami keperluan dan isihati rakyat di kawasan diwakili,” katanya.

Beliau berkata pelaksanaan koridor pembangunan itu adalah sebahagian agenda kerajaan untuk membangunkan rakyat negeri ini selain beberapa projek besar pembangunan ekonomi.

Mengenai kawasan Kawang, Ghulam berharap kementerian berkaitan mengambil inisiatif memperluaskan pelaksanaan projek bekalan air luar bandar supaya lebih ramai penduduk mendapat manfaatnya.

Katanya, loji rawatan air Papar yang menelan kos kira-kira RM198 juta kini sedang rancak dilaksanakan dan dijangka siap sepenuhnya tahun depan, sekali gus mengatasi masalah bekalan air yang kritikal dialami di Papar sejak sekian lama.

“Justeru, kita merayu kepada kementerian terlibat agar memanjangkan projek sedemikian ke kawasan luar bandar yang ketika ini masih bergantung kepada bekalan air graviti.

“Ketika ini, masih terdapat banyak kampung di Kawang yang berbekalkan air daripada gunung dan bukit menerusi sistem graviti dan mereka ini juga perlu diberi perhatian,” katanya.

Dalam ucapan perbahasannya, Ghulam turut menarik perhatian dengan kes kedaifan hidup keluarga Donni John Diun, yang dikatakan membunuh diri dalam satu kejadian yang sungguh tragik, pilu dan menyentuh perasaan.

“Saya membangkitkan perkara ini untuk kita sama-sama mengambil iktibar selain secara kebetulan kejadian itu berlaku di sebuah kampung dalam DUN Kawang dan anak kecil itu juga bersekolah di SK Kinarut, dalam kawasan DUN Kawang,” katanya.

Laporan aklhbar menyebut, Donni menggantung diri pada siling rumah mereka di Kampung Suangon, Kinarut, setelah mengalami tekanan hidup dan ejekan daripada rakan-rakan sekolah akibat kemiskinan yang menghimpit keluarga mereka.

“Kini Donni telah tiada, meninggalkan adik-abang dan kawan-kawan sebaya. Yang tinggal hanyalah sebuah kenangan buat keluarganya dan ingatan yang tidak mungkin terpadam sampai bila-bila,” katanya.

Sambil mengakui banyak pengajaran berguna boleh dipelajari daripada kematian tragik Donni itu, Ghulam berharap pemimpin masyarakat di peringkat akar-umbi, seperti JKKK dan Ketua Kampung, supaya sentiasa prihatin terhadap kehidupan penduduk di kawasan yang mereka wakili.



Ghulam berbincang dengan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Edward Khoo di persidangan DUN.

Sabah tunjukkan jalannya

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Dalam masa kurang daripada tiga bulan sejak melancarkan pelan pembangunan baru lima tahun, Sabah sudah menyiapkan 416 projek pembangunan bernilai hampir RM120 juta, kata Ketua Menteri Datuk Musa Aman. Ia membentuk kira-kira satu pertiga daripada semua projek yang bernilai kira-kira RM11 bilion: di mana 470 daripadanya adalah baru dan 794 sudah dilaksanakan melalui pelan pembangunan yang lama.

Namun Musa mahukan prestasi lebih baik. "Saya tidak katakan yang saya puas hati dengan apa yang kita sudah capai," katanya memberitahu pemberita selepas mesyuarat jawatankuasa bertindak di Wisma Innoprise di Kota kinabalu pada 29 Mac. "Saya percaya kita boleh lakukan lebih baik lagi."

Kebanyakan projek itu membabitkan infrastruktur yang akan menjadi asas kepada peningkatan Sabah sebagai negeri yang mempunyai pendapatan tinggi menjelang 2020 bersama dengan 12 negeri lain dibawah program transformasi ekonomi gagasan Perdana Menteri Datuk Najib Razak.

Musa mempunyai satu lagi sebab untuk mahukan prestasi lebih tinggi. Beliau mahukan Sabah menjadi negeri kaya menjelang 2015; itu empat tahun lagi dari sekarang.

Dibawah rancangan Malaysia kesembilan yang tamat pada tahun lalu, Sabah menyiapkan hampir 90 peratus daripada projek itu yang bernilai hampir RM18 bilion. Musa mahukan kakitangan awamnya untuk memperbaiki angka itu.

Katanya, projek itu akan dipantau bagi memastikan yang ia dapat dilaksanakan berlandaskan dasar penstrukturan prestasi yang terbaik.

Musa juga mengingatkan kakitangan awam terhadap gesaan perdana menteri itu mengenai perkhidmatan awam di sesi dialog khidmat awam perdana ke-12 (MAPPAXII) bagi memastikan semua dasar berpusatkan kepada rakyat apabila melaksanakan projek pembangunan. "Setiap projek mesti praktikal, berpatutan dari segi kos dan menguntungkan," katanya.



Sabah dan Sarawak: Pembangunan perlu seiring dengan Semenanjung

SUATU ketika dulu, rakyat dari Semenanjung perlu mengisi borang khas apabila sampai di lapangan terbang di Sabah dan Sarawak. Bagi generasi muda, mereka hairan mengapa mereka perlu mengisi borang itu dan melalui pemeriksaan imigresen, sedangkan mereka rakyat Malaysia dan bukannya rakyat asing.

Beberapa hari lalu, Timbalan Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), Chin Su Phin dari Sabah mengesyorkan agar mereka dari Semenanjung dibenarkan secara bebas untuk menetap, bekerja dan menjalankan perniagaan di Sabah, sama seperti mereka dari Sabah dan Sarawak dilayan di Semenanjung. Namun, cadangan itu segera ditangkis pemimpin lain, termasuk Parti Bersatu Sabah (PBS). Hakikatnya, Sabah dan Sarawak belum lagi bersedia untuk melepaskan hak mereka seperti yang termaktub di bawah Perjanjian 20 Perkara sempena penubuhan Malaysia pada 16 September 1963. Dua negeri berkenaan masih lagi jauh di belakang dari banyak segi, termasuk pembangunan fizikal, kadar kemiskinan dan taraf hidup berbanding dengan di Semenanjung.

Wednesday, December 21, 2011

Musa Aman-Rakyat Perlu Didekat

Tawau - Dec - Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman membuat lawatan di Kilang Wakuba Biotech Laboratory dan pada masa yang sama juga beliau sempat bersama beramah mesra dengan penduduk di PPR Sri Apas Tawau dan bersolat Jumaat di Masjid Sri Apas Batu 8.

Pada waktu pagi, Datuk Musa Aman melawat kilang Wakuba Biotech Laboratory Tawau. Kilang ini merupakan satu lagi penggerak kemajuan dalam teknologi dan industri Kelapa Sawit Sabah dengan membuat kajian bagi penghasilan Kelapa Sawit yang bermutu.

Datuk Musa Aman bersama kakitangan Kilang Biotech
Sedikit penerangan dari pihak Biotech kepada Datuk Musa Aman

Friday, December 9, 2011

Musa Aman-‘‘Jangan sekali-kali tikam belakang’’

Musa Aman
PENAMPILAN Datuk Seri Musa Aman agak ‘low profile’ sepanjang tiga hari ‘berkampung’ di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) minggu lepas. Jarang dilihat beliau menemui atau pun ditemui pihak media. Memasuki bangunan yang meletakkan Ibu Pejabat UMNO dari arah selatan pun, fokus langkah kakinya sambil diiringi beberapa pegawai hanyalah untuk segera menuju ke Dewan Merdeka.

Lembah Danum : Musa bersama mantan PM Tun Ahmad Badawi

Lembah Danum, Ketua Menteri, Datuk Musa bersama dengan Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Ahmad Badawi melawat hutan simpan yang terdapat di negeri di Bawah Bayu ini.




Semoga Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Hj Aman akan dapat berbakti kepada rakyat Sabah. Hutan simpan ini untuk memastikan hidupan liar dapat dijaga dan menjadikan tempat ini sebagai satu tempat perlancongan alam semulajadi yang memang diutamakan oleh Menterian Perlancongan Sabah, Datuk Masidi Manjum. Sabah mengutamakan perlancongan yang kaya dengan keindahan alam semulajadi. Semoga Sabah akan kekal dengan keindahan alam tersebut.

Tuesday, May 10, 2011

Penduduk Bingkor Rayu Klinik Digunakan

Keningau: Masyarakat di kawasan Bingkor merayu kerajaan agar Klinik Kesihatan Bingkor yang telah siap setahun yang lalu digunakan untuk kemudahan pesakit. Keperluan penggunaan bangunan baru itu sangat penting kerana ia adalah tumpuan ibu-ibu mengandung dan kanak-kanak.
Pengerusi Panel Penasihat Klinik Kesihatan Bingkor (PPPKK) Jailin Lian berkata, pengunjung terutama ibu-ibu mengandung terpaksa menumpang tandas kakitangan di klinik itu, berikutan tandas yang sedia ada telah dibuka ketika pembinaan bangunan klinik yang dinaik taraf tersebut.
“Kasihanilah ibu-ibu yang mengandung ini kerana sudah menjadi tabiat mereka yang suka ke tandas dengan kerap. Oleh itu kemudahan tandas adalah tidak mencukupi ,” kata Jailin yang juga Ahli Panel Penasihat Klinik Kesihatan Negeri Sabah.
Katanya , tandas di klinik itu telah dibuka bagi memberi ruang kepada pembinaan bangunan baru klinik kesihatan Bingkor.

LDP Dijadikan Kambing Hitam


BARU-BARU ini, PRU ke-13 dikatakan akan diadakan pada bila-bila saja dan salah seorang pemimpin Umno Sabah iaitu Datuk Seri Shafie Apdal juga dikatakan sedang bersedia untuk merampas jawatan Ketua Menteri Sabah.

Seperti yang penduduk Sabah tahu, bukan mudah bagi Shafie untuk menewas Datuk Seri Musa Aman, sedangkan Ketua Perhubungan Umno Negeri ini juga sebagai seorang Ketua Menteri yang mendapat sokongan dari hampir kesemua bahagian Umno di Sabah.

Keadaan sebegini menyebabkan Shafie terpaksalah bergantung kepada Datuk Chin Su Phin, Timbalan Presiden LDP sebagai agen untuk menentang Musa Aman.

Race, religion not issues for Sabah, Sarawak

Several Christian pastors in Peninsular Malaysia have reportedly discussed the idea of Christianity being the official religion of Malaysia. If any part of Malaysia has a case for making Christianity the official religion, it’s Sabah and Sarawak where the majority of the people, the natives or Orang Asal included, are overwhelmingly Christian.
Instead, the people in Malaysian Borneo decided from the very beginning that they would not have an official religion. The thought of making Christianity the official religion in Sabah and Sarawak never for one minute crossed the minds of the people in these two states. Religion had to remain a private and personal affair, separate from politics and the state.
This decision was reflected in the Cobbold Commission Report, the Inter-Governmental Committee Report and the 1963 Malaysia Agreement.

Hiew: Investigate prison officer over youth assault in Keningau, Sabah


Kota Kinabalu MP has raised his concern over uniformed personnel assaulting civilians, in relation to the recent case of youth beating at Keningau, Sabah.
In the incident, Ben Cheah Ping Xen, 23, sustained multiple injuries all over his body as the result of the assault which was captured on closed-circuit TV (CCTV) install in the shop.
” There were also cases of innocent victims were hurt and even being shot. In the strict sense, our security forces should be in its top discipline and fully abide to the law there is, because they are the one who are there to upkeep the law and enforcement.” Hiew said.
Hiew called for a thorough investigation into the assault and ensure justice to be carried out properly. He will also bring up the matter to Parliament during the next sitting on 13th of June.
Meanwhile, Gerakan Sabah Liaison Chairman, Gordon Leong said, Gerakan Sabah was appalled and sad that in this modern and civilized society, there are still those who preferred to take matters into their own hands.

Tarikh PRU-13 Najib berkait angka 11?

KUALA LUMPUR — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mencetuskan teka-teki bahang pilihan raya umum ke-13 dengan berkata ia mungkin diadakan pada satu tarikh atau bulan yang mempunyai nombor kegemarannya, 11.
Najib, yang juga Pengerusi Barisan Nasional, berkata kesukaannya pada nombor itu menyebabkan ramai pihak meramalkan bahawa pilihan raya umum kali ini akan diadakan pada 11 November ini.
Desas-desus menyebut pilihan raya umum kemungkinan diadakan Ogos atau November ini.
Beliau berkata demikian ketika menjadi jemputan khas program pagi stesen radio Hot.fm di Sri Pentas di sini hari ini.

Mohd Akjan missing?


Police seek interpol’s help to trace Mohd Akjan. The controversial self-proclaimed Sultan of Sulu, Mohd Akjan Ali Muhammad had given Sabah police the slip.

KOTA KINABALU: Police here have been put in an embarrassing position following the disappearance of former Internal Security Act (ISA) detainee and self-proclaimed Sultan fo Sulu, Mohd Akjan Ali Muhammad.

New road in Kudat crumbles

KOTA KINABALU: The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) has been urged to investigate how a 4km stretch of newly constructed road in Sabah could disintegrate in less than a year.
The call came following an inspection by Sabah DAP team led by Kota Kinabalu MP Hiew King Cheu over the weekend after several Kudat residents complained.
The Sg Karang highway in Kudat district in the north of Sabah was completed and commissioned at a cost of RM3.5 million to link the Kudat main road to Sg Karang, said Hiew.
He said the DAP team was also told by the disgruntled residents that the road was not built according to specifications.

Upko decries inaction on illegals

Opposition SAPP Youth led RCI campaign on PTI
The Home Ministry is not serious in tackling the illegal immigants (PTIS) issue in Sabah, said United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organisation (UPKO).

Its treasurer-generaI, Datuk Dr Marcus Mojigoh, alleges that there seemed to be a lack of political will in addressing the matter.

Ramai yang kata kalau Rahman Dahalan jadi calon BN-Pembangkang boleh menang?


Sakit hati pengundi Kota Belud terutama kaum Iranun dan sebahagian kaum bajau belum pulih; apabila Rahman Dahalan menjadi bidan terjun pada PRU-12 lalu.

PATI musuh kita..

Kenapa wakil-wakil BN tidak menangani ISU PATI di Sabah dengan sepenuh hati?  Sekarang kita boleh nampak bermacam-macam rupa PATI berada di Kota Kinabalu. Tapi pernahkah wakil rakyat cuba untuk mengemukakan pertanya untuk menyelesaikan masalah ini. Rasanya  memang ada. Tapi mungkin cuma 2 atau 3 orang dari berpuluh-puluh wakil rakyat yang mengemukakan. Orang Sabah sendiri terasa terancam dengan kehadiran PATI yang semakin membimbangkan. Banyak kali sudah laporan diberikan kepada pihak bertanggungjawab mengenai PATI tapi tindakkan tidak pernah pun dilakukan secara serius.
Masalah ISU PTI di sabah tidak pernah di sentuh masa majlis pertemuan atau masa kempen pilihanraya. Apa sebabnnya? Pasti tidak ada jawapan yang kuat untuk menjawab soalan ini.
Sebenarnya PATI ini boleh jadi kawan tapi boleh menjadi lawan. Kenapa mereka ini boleh menjadi lawan? Kerana jenayah pecah rumah, merompak, meragut,  membunuh dan bermacam-macam lagi jenayah yang berkaitan dengan mereka. Kerana inilah kita mahu PATI dihantar semula ke negara masing-masing. Dengan adanya PATI ini, rakyat Sabah tidak akan hidup tenang.
Perlukah kita memberikan sokongan untuk PATI terus berada di Sabah yang tercinta ini? Kerajaan tolonglah rakyat sendiri.

Wednesday, April 20, 2011

Sumber Tenaga : SESB usaha jimat tenaga di Sabah

TAWAU 19 April — Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) dan Majlis Perbandaran Tawau (MPT) hari ini menandatangani perjanjian persefahaman bagi menggalakkan penggunaan tenaga secara cekap dan selamat.
SESB diwakili oleh Pengarah Urusannya, Datuk Ir. Baharin Din manakala MPT oleh Presidennya, Ismail Mayakob dengan disaksikan Pembantu Menteri Kewangan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan.
Perjanjian persefahaman berkenaan merupakan sebahagian daripada kempen SESB untuk menggalak dan mendidik masyarakat bagi menggunakan tenaga elektrik secara cekap dan selamat serta mengelak pembaziran.
MoU tersebut merupakan yang ketiga ditandatangani SESB dengan pihak berkuasa tempatan, sebelum ini dengan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan Majlis Perbandaran Sandakan.
Baharin dalam ucapannya berkata, kempen kecekapan tenaga yang dilaksanakan SESB dengan kerjasama Suruhanjaya Tenaga serta disokong oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air bertujuan mewujudkan situasi menang-menang kepada semua pihak termasuk pengguna.
Beliau berkata, pendekatan itu ternyata berkesan apabila Institut Perguruan Gaya di Kota Kinabalu yang menjalankan kempen berkenaan telah berjaya menjimatkan tenaga mereka sebanyak RM55,747.15 dalam tempoh enam bulan.
Katanya, langkah penjimatan tenaga yang digunakan institut perguruan itu dicapai tanpa menggunakan teknologi tinggi sebaliknya hanya menitikberatkan aspek penggunaan bekalan tenaga yang berkhemah.
Ismail pula berkata, pihaknya menyokong penuh kempen berkenaan dan akan menggalakkan masyarakat di Tawau termasuk pemaju untuk memastikan bangunan baru yang dibina di kawasan MPT memiliki ciri-ciri penjimatan tenaga

Tuesday, April 19, 2011

Informasi : Orang ramai digesa manfaatkan program KABB kemukakan masalah

KOTA KINABALU 18 April – Orang awam digesa memanfaatkan program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) bagi mengemukakan masalah secara terus dengan pihak berwajib.
Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Abidin Madingkir berkata, melalui program tersebut mereka boleh mendapatkan maklum balas dengan mudah dan cepat daripada agensi atau jabatan berkaitan.
“Program KABB merupakan peluang terbaik orang ramai mengutarakan maklum balas atau cadangan membina kepada agensi dan jabatan kerajaan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pelancaran program KABB di Lintasan Deasoka, di sini hari ini.